FAQ & Polisi Penyewaan Barang


Apakah Pakej Penyewaan/DIY (Do It Yourself) ?

  • Sistem dimana anda perlu ambil, pasang sendiri serta hantar semula barang/pakej yang disewa ke kedai kedai kami dalam keadaan baik

Susah ke nak pasang? saya tak pandai pasang

  • Sangat mudah kerana kami telah pasangkan siap sebelum anda datang ambil, anda hanya perlu susun mengikut kreativiti anda
  • Anda juga boleh menghubungi kami secara terus melalui Whatapps sekiranya anda tak tahu macam mana nak pasang
  • Jika anda tak yakin, anda boleh memilih servis pemasangan dimana kami sendiri akan buat semuanya

Barang/Pakej Apa Yang Dikenakan Deposit ?

  • Setiap barang/pakej yang hendak disewa perlu bayar diposit sebanyak 30% dari harga total untuk kami lock tarikh majlis anda
  • Baki 70% perlu dibayar sehari sebelum waktu kami pasang/waktu anda ambil di kedai kami
  • 30% deposit tidak akan dipulangkan sekiranya anda cancel kerana kami sudah lock tarikh untuk anda
  • Barang Custom perlu bayar harga penuh kerana bukan barang sewa dan akan diberikan terus kepada anda

Tanggungjawab Anda Sebagai Penyewa

  • Setiap barang yang yang disewa perlu dipulangkan sebagaimana keadaan masa anda ambil
  • Anda perlu ganti setiap barang yang rosak/hilang akibat anda dan dalam tempoh penyewaan anda

Berapa Lama Jangka Masa Waktu Sewaan ?

  • Maksimum 4 hari anda perlu pulangkan barang sewaan
  • Contoh 15/01(Pickup Barang) - 16/01(Majlis) - 17/01 atau 18/01(Return Barang)

Saya tiada kenderaan besar untuk mengambil barang sewaan

  • Kami mencadangkan sekurangnya size kereta Perodua Myvi untuk memudahkan anda mengangkut barang sewaan
  • Jika anda tidak mempunyai kenderaan untuk membawa barang, jangan risau sebab kami ada menawarkan servis pemasangan mengikut lokasi rumah anda

Bagaimana Saya Hendak Hubungi Jika Masih Ada Soalan?

  • Pergi ke bahagian Home, lihat dibahagian kanan bawah website terdapat icon Whatapps, tekan icon tersebut dan anda akan dibawa terus ke Whatapps customer service kami